Tuesday, March 20, 2012

~~ Lirik lagu Ombak Rindu Versi Taubat/ Islamic ^^

Tuhan tolong lembutkan hamba,
Untuk mencintaMU seadanya..
Kerna ku taksanggup..Kerna ku tak mampu,
Menghadapi seksa nerakaMU...

Tuhan aku tahu banyak dosaku..
Hanya ingatkan Mu kala dukaku..
Namun hanya kamu yang mamapu membuka..
Pintu hatiku untuk cintaMu..

Allah ampukanlah hamba Mu..
Yang selalu dustakan janjiku..
Agar kelak ku takkan diseksa..
Kerna dosa-dosa masa lalu..

Allah.....
Jatuh air mataku yang terus mengalir...
Mengiringi doaku..

Allah.....
Yang mengampuni segala dosa-dosa
Hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga magfirah ( keampunan)..
Tiba nanti.........





Best regards,

~~ Lapan (8) perngorbanan Ibu^^ ~~



Pengorbanan Pertama.
      Ini adalah kisah pengorbanan seorang ibu terhadap 10 anaknya. Cerita ini cukup baik dijadikan renungan buat kita. Cerita bermula ketika Adi masih kecil. Dia lahir sebagai seorang anak lelaki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, sering kali kekurangan. Ketika menjamah makanan, Ibu sering memberikan bahagian nasinya kepada Adi. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk Adi, Ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tidak lapar."

Pengorbanan Kedua.
      Ketika Adi mulai dewasa, ibu yang gigih berusaha sering meluangkan waktu lapangnya untuk pergi memancing di kolam berhampiran rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingannya, ia mampu memberikan sedikit makanan tambahan untuk membesarkan anak-anak. Sekembali dari memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu Adi memakan sup ikan itu, ibu duduk di sampingnya dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel pada sisa tulang ikan yang disisihkan oleh Adi makan. Tersentuh hati Adi melihat gelagat ibu, lalu memberikan baki ikan yang belum diusik lagi kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Dia berkata: "Makanlah nak, ibu tidak suka makan ikan."

Pengorbanan Ketiga.
      Sekarang Adi masuk sekolah menengah, demi membiayai sekolah abang dan kakaknya, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak pemetik api dan tisu untuk dijual. Dan hasil jualannya itu membuahkan sedikit wang untuk memenuhi keperluaan hidup. Di kala musim hujan tiba, Adi bangun. Dari tempat tidurnya, dia melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya meneruskan pekerjaannya menempel kotak korek api. Adi berkata, "Ibu, tidurlah, sudah larut malam, besok pagi ibu harus bekerja", "Cepatlah tidur nak, ibu masih belum mengantuk lagi."

Pegorbanan Keempat.
      Ketika tiba masa peperiksaan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani Adi memduduki pe-periksaan. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu Adi di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika lonceng berbunyi, menandakan peperiksaan sudah selesai, ibu dengan segera menyambut Adi dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untuk anaknya yang tercinta. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh begitu kental. Melihat ibu yang basah kuyup dibanjiri peluh, Adi segera memberikan gelas yang dipegang untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata: "Minumlah nak, aku tidak haus".

Pengorbanan Kelima.
      Setelah kematian ayah akibat sakit barah yang kronik, ibu yang malang ini terpaksa melakukan dua tugas, iaitu merangkap ayah dan ibu. Dengan bergantung kepada pekerjaannya yang dahulu, sia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga pun semakin susah dan bertambah susah. Tiada haro tanpa penderitaan umpama awan yang semakin mendung. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, ada seorang lelaki tua yang baik hati yang tinggal dekat rumah Adi, dan sering membantu ibu sama ada pada masalah besar mahu pun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah dapat melihat dan merasai kehidupan yang begitu sengsara yang dilalui oleh ibu ini, sering kali menasihati ibu Adi untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka , ibu berkata:, "Saya tidak perlu cinta".

Pengorbanan Keenam.
      Setelah Adi, kakak dan abangnya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu sudah tua itu tiba usia bersaranya, tetapi ibu tidak mahu berdiam diri, malah rela pergi ke pasar tiap pagi untuk jualan sedikit sayur bagi memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang Adi yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu yang berjiwa besi ini tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata: "Saya ada duit".

Pengorbanan Ketujuh.
     Setelah lulus ijazh, Adi pun melanjutkan pelajaran dan kemudian memperolehi master di sebuah universiti ternama di Amerika. Berkat biasiswa dari kerajaan di sebuah perusahaan, akhirnya Adi bekerja di sebuah universiti tersebut sebagai pensyarah. Dengan gaji yang tinggi, Adi bermaksud membawa ibunya untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, dia berkata kepada anaknya, "Aku tidak selesa di sana".

Pengorbanan Kelapan.
      Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser yang kronik dan harus dirawat di rumah sakit. Adi yang bekerja jauh di seberang samudera Atlantik langsung segera pulang menjenguk ibunda tercinta. Adi melihat ibu yang terbaring begitu lemah di katilnyya setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap Adi dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang terukir di wajahnya terlihat agak kaku kerana sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas bertapa penyakit itu menjamahi tubuh sehingga ibu kelihatan amt lemah serta kurus tidak bermaya. Adi menatap ibu sehingga berlinagan air mta. Hatinya sedih, melihat ibunya dalam keadaan seperti itu. Tetapi ibu dengan tegasnya berkata, "Jangan menangis anakku, aku tidak sakit"
      Setelah mengucapkan pengorbanannya yang kelapan ibu tercinta menutup matanya untuk terakhir kalinya.

      Dari cerita di atas, pasti kita merasa tesentuh dan ingin sekali mengucapkna "Terima kasih Ibu". Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meningalkan ayah dan ibu yang berada di rumah jika dibandingkan dengan pasagan kita. Jika kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orang tua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudain hari.

      Pengorbanan seorang ibu memang kekadang membuatkan kita teruja menyaksikan pengorbanan yang begitu besar daripada orang tua kita, terutamanya ibu yang pengorbanannya tiada batas akhir. Penorbanannya itu pula yang menginsafi kita untuk mendidik anak-anak sekarang.

      "Seorang mampu menjaga anak yang ramai. Namun begitu, mampukah anak-anaknya menjaga ibu dan ayah? Ini adalah antara soalan yang patut kita tanya pada diri kita sendiri, mampukah kita menjaga ibu dan ayah kita apabilah kita sudah dewasa?.

by...
"Keramat Seorang Ibu"
Mohammad Qayum A. Badaruddin.

** Sebagai renugan untuk kita semua yang begelar 'Anak'..
** Cintailah dan kasihi Ibu dan Ayah kita..
** Syurga itu di tapak kaki Ibu^^ - peringatan untuk diriku dan semua yang begelar anak-

                           

Best regards,

Monday, March 19, 2012

~~ Ceritera kehidupan 2011 part 2 ~~

As salam...
>> Mood rajin so saja nak share last year selain jadi model for promote makeup by friend Ryo^^
kalau nak tengok boleh ar clicks pages kat bawah nie..
bagi mereka2 yang nak b'tunang, kawen and dinner or any function
boleh ar contac2 harga murah jer^^

>> Ain juga kena jadi model video for Rev-up music festival  so just join cari pengalaman, 
seriously ain teramatlah susah nak berdepan dengan camera huhu..
tapi alhamdulillah semua dapat di atasi..
walaupun ain nampak kekok tapi alhamdulillah atas tunjuk ajar semua yang terlibat ain dapat gak wat..^^
** Beberapa photo saat tu^^


   



** Bak pepatah "Jauh perjalanan luas pandagan"..
> Belajar main guitar from 4..now hehe tak berapa ingat da kod2nya..heh kalau perasan ain main guitar tangan kidal..like Mat kidal gtu hehe..^^ tapi sayangnya ain......( dot.dot)
> Selain tu ain juga dah faham mcm mana nak buat video clip..
bukan senang tau tapi semua nie adalah 1 pengalaman bagai ain^^.
> Insya Allah, lepas nie tak kan ada lagi... coz Perubahan perlu di buat.. insya Allah pelahan2^^
> Insya Allah cIkaIn boleh demi mencari redha Illahi..amin^^


Best regards,
Your Name

Sunday, March 18, 2012

~~ Activity cIkaIn^^ ~~

As salam...^^
Da lama tak b'blogging dekat sebulan kot..
busy dengan activity kat campus and luar campus...
..^^ Hari nie just nak share activity and my experience..

>>Training netball..
>>Model time for Photography club (3rd march 2012 @ Putrajaya)..
>>Celebrate birthday papa^^ ( 9th march 2012 @ Home sweet home) ..
>>Shopping with mama (10 March 2012 @ Sogo mall) ..

>>petsssss kata2 hatiku..
** Yayang thanks for everything...
harap persahabatan kita kekal buat selamanya...
buang yang keruh ambil yang jernih^^
muaxxx with love^^...




Best regards,

~~ alunan music^^

~~ Ayat2 aL-Quran^^